1- TRANSAKSI TERKINI
Transaksi jual beli rumah terkini dalam kawasan anda merupakan bagaimana pembeli dan ejen hartanah menentukan harga yang berpatutan untuk hartanah anda.
Anda boleh mendapatkan maklumat ini secara PERCUMA di sini.
2- LOKASI
Lokasi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan harga hartanah.
Kehadiran “Booster” Dalam Lokasi Akan Memangkin Harga Subsale.
Contoh “Booster” seperti LRT, MRT, Highway Baru, Sekolah, Hospital atau “Shopping Complex”.
3- RUPA PARAS
Kondisi atau rupa keadaan hartanah yang terpelihara mempunyai peranan menentukan harga dan tempoh masa hartanah tersebut dijual.
Pembeli yang berpotensi selalunya membuat keputusan berdasarkan emosi, oleh itu rupa amatlah memainkan peranan penting.
Anda dicadangkan memberi tumpuan meningkatkan seri rumah anda untuk meningkatkan nilai dan minat pembeli.
4- PERSAINGAN
Pembeli yang berpotensi akan sentiasa membuat perbandingan hartanah, baik dari segi rupa dan harga yang ditawarkan oleh penjual hartanah yang lain di kawasan yang sama.
Untuk menarik perhatian pembeli, ejen hartanah perlu tahu persaingan tersebut untuk meletakkan harga yang kompetitif untuk bersaing dengan persaingan sedia ada.
5- MASA (TIMING)
Nilai hartanah akan sentiasa berkait dengan pasaran hartanah terkini.
Disebabkan pasaran hartanah merupakan perkara diluar kawalan, ejen hartanah akan bekerjasama rapat dengan penjual untuk mengambil peluang dalam tempoh 30 hari pertama hartanah tersebut disenaraikan dalam pasaran.
Ianya merupakan tempoh yang kritikal kerana ejen hartanah dan pembeli akan menyemak dan menjumpai hartanah anda dan seterusnya menjumpai dan membuat tawaran.
KESIMPULAN:
3 dari 5 Faktor ini merupakan faktor luar kawalan tuan punya rumah.
2 Faktor Yang Anda Boleh Kawal Ialah Harga & Rupa Hartanah Sahaja.
Oleh itu, sentiasa semak transaksi terkini dan selenggara rumah anda supaya dalam keadaan terbaik.
142 Views