Setelah selesai mendapat kunci rumah subsale yang anda beli, anda sudah dianggap memiliki rumah tersebut. Ini bermakna anda telah mula membayar ansuran bulanan dengan pihak bank. Langkah selanjutnya adalah membuat penukaran nama bagi perkhidmatan Utiliti.

1- TNB – Perlukan deposit. Bawa salinan Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P). Pergi Terus ke Kedai Tenaga berhampiran atau boleh rujuk bil TNB yang terdahulu.

2- Syarikat Bekalan Air – Bergantung pada negeri masing-masing. Boleh download dulu borang secara online dan bawa Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P).

3- Majlis Bandaran – Bergantung kepada Majlis Bandaran kawasan yang anda beli untuk tukar nama dalam cukai taksiran. Perlu bawa Surat Perjanjian Jual-Beli  (S&P)

4- Indah Water – Anda perlu mengirimkan satu salinan muka surat pertama, kedua serta dua muka surat yang terakhir daripada Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P) yang menunjukkan tarikh perjanjian ditandatangani, nama pembeli dan penjual, alamat harta dan tandatangan semua pihak yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan maklumat pemilik pada Akaun Pembetungan premis tersebut adalah betul dan tepat.

5- JMB – Jika rumah pangsapuri atau kondominium, anda perlu juga untuk tukar maklumat pemilik sebagai rekod untuk yuran penyelenggaraan.

Tips: Untuk jimat masa, sila buat 5 salinan S&P sejurus selepas transaksi pembelian untuk proses tukar nama.