Jika anda belum pernah membeli sebarang hartanah, mungkin ini antara persoalan yang bermain di minda anda. Kenapa nak pakai ejen hartanah?

Ejen atau lebih tepat Perunding hartanah bukan lah sekadar “jurujual”. Kami bertindak sebagai wakil anda dengan memberikan nasihat serta bimbingan dan membantu memudahkan transaksi membeli, menyewa atau menjual hartanah anda.

Walaupun benar kami dibayar berdasarkan transaksi jualan, ianya sama juga seperti profesion lain yang memberi nasihat, bimbingan, dan mempunyai khidmat untuk menjual sama seperti Doktor, Auditor dan Peguam.

Tawaran Hartanah

Walaupun senarai hartanah yang tersedia untuk dijual boleh diperolehi secara mudah melalui Internet – namun ianya belum muktamad. Ada kalanya anda memerlukan maklumat terkini mengenai apa yang telah dijual atau yang akan dijual, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah dengan perunding hartanah yang mempunyai akses pada tawaran terkini dan terbaik untuk anda. Alang-alang nak beli rumah, baik kita explore semua tawaran yang ada kan?

Harga Lebih Rendah

Ejen hartanah lebih arif berunding dengan pemaju atau tuan tanah untuk mendapatkan harga yang setimpal kerana mereka didedahkan dengan pasaran secara langsung. Sekiranya anda membeli terus dengan pemaju, jurujual pemaju hanya didedahkan dengan hartanah yang dibina oleh syarikat mereka sahaja dan jika anda beli rumah subsale, tuan rumah selalunya menilai hartanah mereka lebih tinggi dari pasaran.

Pelbagai Proses Yang Rumit

Pembelian hartanah merupakan proses yang rumit yang mana ianya memerlukan anda berhubung dengan pelbagai pihak ataupun vendor seperti Pemaju, Pemilik Hartanah, Penilai Harta, Peguam, Bank, Insuran, Pejabat Tanah dan sebagainya.

Ianya memerlukan masa untuk mengetahui tawaran terbaik dan Perunding Hartanah yang baik mempunyai hubungan yang baik dengan vendor yang terlibat dan memahami proses yang terkini untuk melancarkan urusan klien mereka.

Jaminan Kualiti

Perunding Hartanah yang baik akan memastikan vendor melunaskan janji-janji mereka kepada klien mereka. Ini kerana mereka ingin memastikan keseluruhan proses klien mereka berjalan lancar kerana memudahkan urusan mereka di masa hadapan. Vendor juga mempunyai kepentingan untuk memelihara hubungan baik dengan perunding hartanah untuk perniagaan mereka.

Jimat Masa & Kos

Masa adalah aset terpenting untuk anda dan khidmat Perunding Hartanah akan menjimatkan masa serta melupuskan segala kos-kos tersembunyi dalam sesuatu transaksi. Sesuatu transaksi memerlukan anda “follow up” pelbagai vendor dan adalah lebih efektif masa tersebut disalurkan pada aktiviti yang memberi pulangan yang lebih besar pada anda.

Khidmat Selepas Jualan

Ejen hartanah secara kebiasaannya akan memelihara hubungan baik dengan klien mereka kerana mereka mengharapkan “referral” ataupun klien baru yang dirujuk oleh klien sedia ada. Mereka akan dengan rela hati akan membantu anda mendapatkan keperluan lain seperti kontraktor, plumber, kedai perabot atau apa sahaja yang diperlukan oleh klien mereka.

Ketenangan Minda & Emosi

Pembelian dan penjualan hartanah kadang kala akan mengganggu emosi dan perasaan anda. Pengetahuan dan pengalaman Perunding Hartanah sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan yang dihadapi anda dalam menyelesaikan transaksi yang ianya mungkin paling besar dalam hidup anda.

779 Views