Nak senang faham, Debt Service Ratio (DSR) atau dalam Bahasa Malaysianya, Nisbah Khidmat Hutang, adalah formula ratio yang bank gunakan untuk mengira samada seseorang tu layak atau tidak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.

Bila dah ready nak beli rumah, mesti la nak kena apply loan dengan bank kan?

Untuk makluman, bank akan guna formula ratio ni untuk kira sejauh mana kemampuan korang untuk bayar balik hutang setiap bulan.

Bank akan gunakan gaji bersih bulanan dan jumlah hutang tetap setiap bulan macam bayar pinjaman kereta, bayar pinjaman belajar dan lain-lain lagi untuk tentukan samada tahap kewangan anda sesuai ke tak dengan harga rumah yang nak beli tu.

Yang paling penting, bank kena pastikan yang setiap peminjam tu mampu bayar balik pinjaman rumah yang dipinjam.

Ratio ni jugalah yang bank akan guna untuk bandingkan DSR peminjam dengan limit maksimum DSR yang dah ditetapkan oleh bank.

Kalau DSR anda tak melebihi limit tu, maka, makin dekatlah jurang antara anda dengan duit pinjaman perumahan itu!

Klik sini untuk kira kelayakan anda.

292 Views