Antara perkara pertama yang perlu anda fikirkan sebelum membeli rumah pertama atau kedua ialah kelayakan anda mendapatkan pinjaman.

Terdapat 4 faktor utama yang menentukan jumlah maksima kelayakan pinjaman anda iaitu:

  • Debt Service Ratio (DSR)
  • Profail Peribadi Anda
  • Nilai Harta
  • Nisbah Pinjaman (Margin of Finance)

Adalah penting untuk anda tahu apa itu DSR dan berapakah peratusan DSR anda ketika ini.

Anda boleh baca di sini dan lebih mudah gunakan kalkalatur DSR terus.

Cara Pengiraan Yang Berbeza

RHB Bank, BSN, Hong Leong Bank dan UOB mengira pendapatan berdasarkan Pendapatan Kasar (Gross Income), Ambank, Maybank & CIMB Bank pula mengira berdasarkan pendapatan bersih (Net Income).

Public Bank mempunyai kaedah scoring tersendiri. Yang menarik, jika anda seorang Jutawan senyap dengan simpanan tunai melebihi 1 juta, anda tidak perlu risau tentang DSR jika anda ingin membuat pinjaman kurang RM1 juta dengan CIMB.

Dokumen Sokongan

Sekiranya anda sudah pun mempunyai rumah yang telah disewakan, BSN akan mengira 100% pendapatan tersebut manakala bank-bank lain mengira hanya 80% sahaja pendapatan sewa itu sebagai pendapatan anda. Ianya berdasarkan Tenancy Agreement (Perjanjian Sewa) selama 3 ke 6 bulan.

Perbezaan yang jelas terdapat pada Elaun Tetap, Elaun Tidak Tetap, Komisen & Bonus anda.

Jika kerjaya anda membolehkan anda menikmati Elaun Tetap, Bank seperti Maybank, Hong Leong dan Ambank mengambil kira 100% pendapatan tersebut manakala kebanyakan bank lain antara 50% ke 80%.

BSN pula hanya mengambil kira contractual bonus sahaja manakala bank-bank yang lain mengambil kira performance bonus sebagai salah satu pendapatan anda berdasarkan borang EA selama 2 tahun berturut-turut.

238 Views