Walaupun sudah banyak berita tentang Insentif & Skim yang ada untuk pemilikan hartanah, masih ramai lagi yang tidak faham jenis skim & Insentif yang ditawarkan.
Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), skim dan insentif ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1. Program Pemilikan dan Subsidi pembelian rumah
2. Program Bantuan Bayaran Deposit
Di bawah kategori pertama, kerajaan persekutuan menawarkan tiga program pemilikan rumah: Program Perumahan Rakyat, Skim Pinjaman Perumahan dan Program Rumah Transit.

Kategori kedua pula mempunyai empat skim - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit), Skim Perumahan Pemilik Kepunyaan Swasta (MYHOME), Skim Utama Saya dan Skim Perumahan Belia.